Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Notis penutupan sementara lorong lebuh raya

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara satu lorong di Lebuh raya Tungku (hala Rimba) bermula 30 Mei hingga 1 Jun.

    JKR menyatakan bahawa penutupan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan untuk dilaksanakan dari pukul 9 malam hingga pukul 6 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan tersebut.

    GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda