Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Notis penutupan sementara pintu lobi utama

Oleh Sim Y. H. –

BELAIT, 28 FEB – Pintu masuk dan tempat penurunan dan pengambilan pesakit di Pintu Lobi Utama, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait akan ditutup sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja baik pulih bermula 1 Mac sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, hari ini, menyatakan penurunan dan pengambilan pesakit ditempatkan sementara di Pintu Masuk Lobi Blok Perempuan dan Kanak-kanak (Blok R), Hospital Suri Seri Begawan.

Kementerian tersebut turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah itu adalah sangat-sangat dihargai.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau melayari laman sesawang, www.moh.gov.bn.

Pintu masuk sementara Lobi Blok Perempuan dan Kanak-kanak (Blok R). – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN KESIHATAN
Penutupan sementara pintu masuk lobi utama, Hospital Suri Seri Begawan, sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda