Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan separuh jalan di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hala Tutong.
Penutupan sementara separuh jalan di Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien adalah dari 14 Disember hingga 26 Disember bermula pukul 7 malam hingga 6 pagi di mana penutupan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.
Sementara itu, penutupan sementara separuh jalan di Jalan RIPAS-Hala Tutong adalah dari 24 Disember hingga 31
Disember bermula pukul 7 malam hingga 6 pagi di mana penutupan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.