Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Separuh jalan di Jalan Susur Jalan Tutong iaitu menghala ke Bandar Seri Begawan, akan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan dinding longkang.
Penutupan sementara itu akan berlaku esok dari pukul 9 pagi hingga kerja-kerja selesai.
Manakala, penutupan sementara separuh jalan juga akan berlaku di Jalan Utama Berakas menuju pusing keliling Berakas iaitu berdekatan Sekolah Menengah Berakas disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan jejantas.
Penutupan tersebut akan bermula esok hingga 8 November dan kerja-kerja dijalankan dari pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang.
Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.