Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Abang, Jalan Lamunin, Daerah Tutong bermula hari ini hingga 16 Ogos.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.
Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
