Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Separuh jalan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) akan ditutup sementara bagi perlaksanaan kerja-kerja Pre Calibration of Weight in Motion Sensor.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), penutupan sementara lokasi jalan berkenaan di KM T24.5 sehingga T20.5 (hala Temburong) dan KM BM6.2 sehingga BM2.2 (hala Brunei dan Muara) itu dilaksanakan pada hari ini dan 22 Ogos dari pukul 8 malam hingga 4 pagi.
Sehubungan itu, para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan dan menggunakan jalan lencongan yang telah disediakan.


