Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah pada 1 hingga 3 Disember dari pukul 7:30 pagi hingga 5 petang.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan sub-soil drain di lebuh raya tersebut, hala Sungai Akar.
Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna lebuh raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.