Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di persimpangan lampu isyarat JT2 Lebuh raya Muara-Tutong/Jalan Sengkarai bermula 2 hingga 9 Februari dari 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
Penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan loop sensor dilaksanakan.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya berkenaan dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.
