Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Notre-Dame terima bantuan jutaan dolar

    PARIS, 16 April – PARIS, 16 April – Pemadam kebakaran Perancis hari ini berjaya memadamkan kebakaran selama berjam-jam untuk menyelamatkan struktur utama katedral Notre-Dame di Paris, selepas kebakaran besar menyebabkan runtuhnya bangunan bersejarah itu dan menghapuskan simbol warisan yang berabad lamanya.

    Janji untuk menderma berjuta-juta euro dalam wang tunai dan kebendaan mencurah masuk hari ini ekoran kebakaran besar di katedral Notre-Dame di Paris, yang mana anggota bomba masih bergelut untuk memadamkannya selama lebih 12 jam selepas ia bermula.

    Presiden Emmanuel Macron telah berjanji gereja itu akan dibina semula selepas puncak menara dan bumbungnya roboh pada malam semalam dalam satu kebakaran yang dipercayai dikaitkan dengan kerja-kerja pengubahsuaian meluas.

    Jutawan Perancis Bernard Arnault mengumumkan hari ini bahawa beliau dan konglomerat mewah LVMH yang dikawalnya akan memberikan 200 juta euro untuk usaha pembinaan semula itu. Janji itu keluar selepas pesaing Arnault Kering, kumpulan fesyen yang ditubuhkan oleh rakan jutawan Francois Pinault, menawarkan 100 juta euro untuk membantu ‘membina semula Notre-Dame.’

    Yayasan Warisan Perancis telahpun melancarkan satu kempen untuk sumbangan bertujuan membantu memulihkan ‘simbol sejarah dan budaya Perancis.’

    Valerie Pecresse, presiden rantau Ile-de-France yang terdiri daripada kawasan Paris yang lebih besar, berkata ia akan memberikan 10 juta euro.

    Ketua sebuah syarikat balak Perancis memberitahu radio Francelnfo bahawa ia bersedia untuk menawarkan alang kayu oak terbaik untuk membina semula kekisi yang menyokong bumbung yang sudah musnah sekarang, dikenali sebagai ‘Forest.’

    “Kerja-kerja pastinya mengambil bertahun-tahun lamanya, malah beberapa dekad, namun ia akan memerlukan kayu beribu-ribu meter padu. Kami perlu mencari spesimen terbaik, dengan diameter besar,” beritahu Sylvain Charlois daripada kumpulan Charlois di Murlin, tengah Perancis, kepada radio.

    Datuk bandar Paris Anne Hildago hari ini bercadang untuk menganjurkan persidangan penderma antarabangsa untuk menyelaras janji-janji untuk memulihkan kerja-kerja seni bina Gothik. – AFP

    Kepulan asap dilihat menaik ke awan selepas kebakaran berlaku di katedral Notre-Dame pada 15 April lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda