Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Nova tekad pecah dominasi China dalam beregu campuran

    KUALA LUMPUR, 3 SEPT – Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto bertekad memecahkan dominasi China dalam acara beregu campuran sekali gus mengangkat Malaysia sebagai kuasa nombor satu dunia dalam kategori itu.

    Namun, dia mengakui hasrat tersebut bukan sesuatu yang mudah dicapai, sebaliknya memerlukan usaha melahirkan lebih ramai pasangan beregu campuran berkelas dunia sekiranya Malaysia benar-benar mahu mendominasi acara berkenaan.

    “Untuk beregu campuran, China masih nombor satu dan kekuatan mereka banyak bergantung kepada pemain wanita.

    “Tetapi kejayaan Tang Jie-Ee Wei membuktikan mereka bukan tidak boleh dikalahkan. Dengan kerja keras, kita mampu mencabar mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

    Nova berkata dia menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya dua lagi pasangan beregu campuran berkelas dunia menjelang hujung tahun ini.

    Menurutnya, dia bersama barisan kejurulatihan kini sedang melakukan proses kaedah percubaan dan kesilapan bagi mencari kombinasi terbaik yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

    “Saya sudah bercakap dengan pemain junior dan pelapis kerana saya mahu melihat prestasi mereka dalam setiap kejohanan. Buat masa ini mereka masih bertukar-tukar pasangan.

    “Namun, kita dapat lihat ada beberapa pasangan yang sudah bergelar juara dalam saingan International Challenge dan International Series. Mudah-mudahan hujung tahun ini kita dapat lahirkan pendamping untuk Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin,” katanya. – Bernama

    Nova Widianto ketika ditemui media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 2 September. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...