Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Novelis grafik cipta sejarah di festival komik

    LONDON – Posy Simmonds merupakan wanita kelima dan warga Britain pertama yang memenangi grand prix di Festival Komik Antarabangsa Angouleme yang berprestij di Perancis, satu penghormatan yang diterimanya dengan penuh teruja.

    “Kartun dan komik telah menjadi bidang lelaki sejak sekian lama dan sudah pasti sejak beberapa dekad lalu wanita telah menceburinya. Sudah tentu, saya sangat gembira menjadi salah seorang daripada mereka,” katanya kepada AFP.

    Simmonds, 78, terkenal di Britain kerana kerjanya dalam akhbar The Guardian dan sindiran lembutnya terhadap kelas menengah Inggeris.

    Di Perancis, bagaimanapun, dia menjadi terkenal dengan karya Gemma Bovery (1999), dianggap sebagai karya ikonoklastik, dengan jalan cerita kompleks yang disampaikan dalam teks yang sangat padat, membayangkan semula heroin membosankan, Madame Bovary Gustave Flaubert.

    Kerja itu pada mulanya ditugaskan oleh The Guardian yang memintanya untuk membuat 100 episod.

    Simmonds bergambar dengan bukunya Cinq Contes di perpustakaan semasa Festival Komik Antarabangsa Angouleme ke-52 di Angouleme pada 30 Januari. – AFP
    Gambar bertarikh 29 Januari 2024 menunjukkan Simmonds melukis di rumahnya di London. – AFP
    Gambar bertarikh 3 April 2019 menunjukkan Simmonds semasa sesi bergambar di Paris. – AFP

    Bagaimanapun, berasa dia mempunyai banyak lagi idea, jadi Simmonds memutuskan untuk melampirkan lukisannya dengan pelbagai teks yang panjang.

    Ia akan menjadi ciri utama dalam novel grafik yang menyusul, seperti Tamara Drewe atau Cassandra Darke.

    “Awda boleh mengatakan perkara dalam tiga baris yang berlaku pada masa lalu, seperti, misalannya, dia telah berkahwin tiga kali dan dia curang,” katanya.

    “Awda tidak perlu melukisnya. Ia juga membolehkan saya mempunyai beberapa suara berbeza dalam buku, supaya awda melihat cerita itu dari sudut yang berbeza. Dan saya rasa ia menambah kualiti kepada novel,” tambahnya.

    GEMMA BOVERY

    Simmonds bekerja di sebuah bilik kecil di apartmennya di tingkat 12 di tengah London, dipenuhi dengan buku, pensel dan lukisan, jauh dari kawasan luar bandar tempat dia dibesarkan.

    Festival Komik Antarabangsa Angouleme di barat daya Perancis dilihat secara meluas sebagai acara paling terkenal dalam industri.

    Walaupun dia tidak dapat mengunjungi Perancis untuk pengumuman itu, Francophile yang belajar di Sorbonne, mengaku dia fikir menjadi warga Britain pertama yang memenangi hadiah ‘sesuatu luar biasa’ itu.

    “Saya terkejut pertama sekali, saya berkata ‘wow’… dan kemudian sudah tentu saya sangat gembira,” katanya kepada AFP.

    Simmonds berkata Britain ketinggalan di belakang Perancis dalam minatnya dalam komik atau bandes dessinees (BD) seperti yang dikenali.

    “Saya sentiasa ingat pergi ke Paris dan berada di FNAC (kedai buku), dan ada orang dewasa membaca BD dan kanak-kanak duduk membaca BD. Saya fikir ia sangat menakjubkan,” katanya.

    Watak yang sentiasa muncul dalam karyanya ialah watak wanita yang tegar, sama ada Gemma, seorang wanita Inggeris yang curang dengan suaminya di kawasan luar bandar Normandy, atau Cassandra, seorang warga tua London yang perengus, mempertahankan dirinya daripada kesusahan.

    Simmonds kini sibuk menghasilkan sebuah buku baharu di mana dia melihat tahun-tahun dari 1959 hingga 1962 sebelum wujudnya pil dan kumpulan rock and roll, dan menurutnya, tempoh kontemporari terakhir telah ketinggalan zaman.

    Lakarannya dalam dakwat merah menampilkan kereta dari era tersebut dan wanita yang gayanya masih belum dibebaskan oleh Swinging Sixties London. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda