WASHINGTON, 2 FEB – Penulis buku laris Amerika, Mary Higgins Clark, yang terkenal dengan jolokan ‘Ratu Saspens’ menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 92 tahun.
Khabar duka itu dikongsikan penerbitnya, Simon & Schuster, menerusi Twitter, semalam.
Penulis lagenda dunia itu dilaporkan masih menulis pada usia 90 tahun, dengan jutaan peminat seluruh dunia menjadikannya antara penulis fiksyen terlaris di Perancis.
“Dia pergi dengan tenang pada usia 92 tahun dengan dikelilingi keluarga dan sahabatnya,” catat penerbit itu.
Dengan jualan melebihi 100 juta genre saspens di Amerika Syarikat, Clark mengecapi kejayaan pada usia 40an selepas beberapa episod tragedi peribadi. – AFP
