Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    NQLC adakan majlis khatam dalam talian

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Nadi Quranic Learning Centre (NQLC) cawangan Beribi, Jangsak mencatat sejarah tersendiri apabila mengadakan Majlis Khatam Al-Quran secara dalam talian melalui aplikasi Zoom kelmarin, yang juga bersempena Sambutan Nuzul Al-Quran.

    Majlis diadakan bagi meraikan peserta yang telah mengikuti Program Tadarus Al-Quran 30 Juzuk secara dalam talian bersama NQLC. Program tersebut dijalankan sejak 4 Ramadan yang lalu dan disertai oleh seramai 30 orang peserta.

    Menurut kenyataan yang diberikan, program bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang membaca Al-Quran dalam bulan

    Ramadan di samping melakukan ibadah puasa. Selain bertadarus, guru-guru yang menjadi fasilitator turut berkongsi ilmu tajwid dalam setiap sesi tadarus.

    Pengurus NQLC Cawangan Beribi, Dayang Nor Azimah binti Rosli dalam ucapan pembukaannya berkata, sepanjang pembacaan Al-Quran dalam bulan Ramadan ini, ramai yang telah diperbetulkan dari segi bacaan.

    “Insya-Allah setiap bacaan yang diperbetulkan itu adalah nikmat rezeki daripada Allah untuk kitani, agar mutu pembacaan Al-Quran akan lebih baik,” tambahnya.

    Seramai 30 orang peserta telah mengikuti Program Tadarus Al-Quran 30 Juzuk secara dalam talian bersama NQLC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda