Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    NQLC pupuk kanak-kanak cintai Al-Quran

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan NQLC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Dengan hasrat untuk memupuk minat golongan kanak-kanak mencintai Al-Quran menerusi pendekatan ilmu sains dan matematik, Nadi Quranic Learning Centre (NQLC) telah mengadakan program Nadi Little Scientist 3.0 di cawangannya di Beribi, Jangsak, baru-baru ini.

    Program dua hari bersempena musim cuti persekolahan itu telah disertai seramai 38 orang peserta yang antaranya berpeluang mengikuti aktiviti menghafal Surah Al-Ghasyiah ayat 1 hingga 15, Eksperimen Water Bridge, aktiviti Hebatnya Unta Ciptaan Allah, Pentagon Math, dan Eksplorasi Hafazan.

    Menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan itu bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan sains dan matematik peserta malah dapat mengenal Allah SWT melalui pelbagai keagungan ciptaanNya.

    Selain itu, ia juga mampu menyuburkan nilai-nilai murni dalam diri peserta seperti hormat-menghormati, kerjasama dan mendoakan ibu bapa diterapkan sepanjang program berlangsung.

    Dalam pada itu, semasa sesi menghafal Al-Quran, pihak NQLC menggunakan Teknik Neuro Nadi yang dapat membantu peserta untuk menghafal dengan lebih mudah dan berkualiti.

    Aktiviti kem hafazan menggunakan Teknik Neuro Nadi ini adalah antara aktiviti wajib diadakan di setiap musim cuti penggal persekolahan.

    Seramai 38 peserta mengikuti program Nadi Little Scientist 3.0 di NQLC cawangan Beribi, Jangsak, baru-baru ini.
    Salah seorang kanak-kanak yang menyertai program itu menunjukkan hasil tulisannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...