Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    NSFC teruskan rentak kemenangan di Liga Super

    PETALING JAYA, 19 MEI – Tidak banyak membuat kesilapan selain percaturan yang baik menjadi faktor Negeri Sembilan FC (NSFC) dapat meneruskan rentak kemenangan pada aksi Liga Super di sini, malam tadi.

    Ketua Jurulatihnya K. Devan berkata meskipun membariskan kesemua pemain tempatan ketika berdepan PDRM FC semalam, disiplin tinggi yang ditunjukkan anak buahnya juga memainkan peranan dalam membuahkan kejayaan buat pasukan.

    “Kita susun perlawanan ini dan kita punyai barisan pertahanan yang memang padat.

    Kita berhak menang walau pun kita membariskan semua permain tempatan, namun mereka telah menunjukkan persembahan baik dan berdisiplin di atas padang.

    Semalam, hasrat PDRM FC untuk mencipta sensasi di laman sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada NSFC.

    Kemenangan itu menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin mendaki tiga anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dengan memperoleh 16 mata keseluruhan selepas 11 perlawanan. Ahad lepas, NSFC kembali mendapatkan rentak kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda