Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

NSW alami haba melampau

SYDNEY, 17 MAC – Negeri New South Wales (NSW) Australia mengalami haba melampau, dengan suhu di beberapa kawasan dijangka mencecah hampir 40 darjah Celsius yang boleh mencetuskan risiko kebakaran pada hujung minggu.

Weatherzone, penyedia perkhidmatan meteorologi Australia,  pada Khamis berkata dua aliran udara panas berasingan berkemungkinan akan terus memberi kesan di kawasan timur dan tenggara negara itu dalam tempoh beberapa hari akan datang, lapor Xinhua.

“Cuaca panas, kering dan berangin dikhuatiri berlaku di kawasan pedalaman New South Wales dan Victoria yang berkemungkinan mencetuskan banyak kebakaran berterusan dan boleh menjadi tidak terkawal hujung minggu ini,” kata Biro Meterologi. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -