Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    NTT ambil alih Docomo AS$40 bilion

    TOKYO, 29 SEPT – Syarikat perkhidmatan telekom terbesar Jepun NTT Docomo akan diambil alih oleh syarikat induk Nippon Telegraph & Telephone (NTT), dalam satu tender bernilai AS$40 bilion, kata kedua-dua firma hari ini.

    Tindakan itu diambil berikutan Docomo dan firma telekom Jepun lain menerima tekanan dari kerajaan untuk memotong harga perkhidmatan telefon bimbit, dan dijangka membantu syarikat merangsang pelaburan dalam teknologi 5G.

    “Hari ini, kami memutuskan untuk menjadikan Docomo sebuah syarikat milik sepenuhnya,” beritahu Ketua Eksekutif NTT Jun Sawada kepada wartawan, menambah tindakan itu akan merangsang ‘daya saing dan per-tumbuhan syarikat’.

    NTT, yang memegang lebih 60 peratus daripada saham NTT Docomo, mencadangkan harga 3,900 yen sesaham untuk membeli seluruh subsidiari itu, katanya.

    Ia mewakili premium sebanyak 40 peratus pada harga penutup hari ini dan menilai pembelian pada harga kira-kira 4.25 trilion yen.

    Perdana Menteri baharu Jepun Yoshihide Suga berkali-kali berkata kadar telefon bimbit negara harus dikurangkan kerana mereka agak tinggi berbanding harga di luar negara.

    Dengan mengambil alih sepenuhnya syarikat itu, NTT boleh mengurangkan harga dengan segera, dan memaksa pesaing mengikut jejak langkah mereka.

    Ketua kedua-dua buah syarikat menafikan tekanan berhubung harga yang menjadi pendorong kepada perjanjian tersebut.

    “Kami melakukannya untuk mengurangkan bayaran perkhidmatan,” kata Sawada. – AFP

    Kelihatan logo korporat syarikat telekom Jepun NTT di depan bangunan yang menempatkan ibu pejabatnya di Tokyo kelmarin. Saham NTT merosot disebabkan berita ia bersedia mengambil alih NTT Docomo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda