KUALA LUMPUR, 3 NOV – NTT Ltd mengesahkan Malaysia akan menjadi sebahagian daripada konfigurasi rangkaian yang baru dirancang membabitkan projek kabel ekspres Intra-Asia, yang akan menyaksikan Malaysia mengambil bahagian dalam kabel bawah laut yang menghubungkan Jepun dan Filipina.
Menteri itu berkata demikian semasa perbahasan televisyen secara langsung mengenai dasar kabotaj negara dengan pemimpin DAP Lim Guan Eng pada lewat malam Selasa, yang mana Wee mendedahkan bahawa beliau telah bercakap dengan Naib Presiden NTT Ltd dari Jepun, Yoshio Sato.
NTT Ltd adalah syarikat Jepun yang terlibat dalam projek Kabel Apricot dan projek MIST (Malaysia, India, Singapura, Thailand), yang merupakan sistem kabel bawah laut 8,000 kilometer yang dijangka siap menjelang suku keempat 2022. “Syarikat ini mempunyai rancangan terbaharu, yang mana, untuk membawa satu kabel yang dinamakan Projek Kabel Ekspes Intra-Asia ke Malaysia melalui Sabah dan Sarawak. Apakah ini tidak menguntungkan Malaysia? Agenda MyDigital yang kita idam-idamkan… sebab itu kementerian rasa terpanggil untuk membawa pelaburan masuk. Wee akan membawa Sato untuk bertemu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk mendapatkan sokongan. – Bernama