Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nuggets dijangka tandatangani Westbrook

    LOS ANGELES, 19 JULAI – Denver Nuggets merancang untuk menandatangani pemain veteran NBA, Russell Westbrook, sebagai ejen bebas selepas segala urusan dokumen bakal pemain Dewan Kemasyhuran itu selesai, lapor Denver Post, kelmarin.

    Westbrook memilih pilihan pemain bernilai AS$4 juta pada Jun untuk kembali ke Los Angeles Clippers, yang menukarnya ke Utah Jazz kelmarin, yang mana dijangka untuk mencapai kata sepakat mengenai klausa pembelian balik dalam kontrak yang membuatkannya boleh didapati oleh Denver

    ESPN melaporkan Clippers akan menerima pemain guard, Kris Dunn, dari Jazz bersama-sama dengan pertukaran pilihan draf pusingan kedua dan wang tunai dalam perjanjian itu.

    Westbrook, 35, mencatat purata 11.1 mata, 5.0 rebound dan 4.5 assist pada musim lalu, kebanyakannya hadir dari bangku simpanan.

    Dia memulakan 11 perlawanan musim biasa untuk Clippers, yang memenangi 51 perlawanan sebelum tumbang kepada Dallas pada pusingan pertama playoff. Westbrook merupakan pendahulu liga sepanjang masa bagi jaringan tiga mata dengan 199.

    Nuggets akan menjadi pasukan keenamnya dalam tujuh musim selepas dia menghabiskan 10 tahun pertama kariernya di Oklahoma City.

    Di Denver dia akan bergandingan dengan bintang Serbia, Nikola Jokic, yang berada di tempat keempat dalam senarai jaringan tiga mata sepanjang masa dengan 130 dan ketika ini sedang mengejar mata keseluruhan Westbrook.

    Jokic mengetuai Nuggets ke kejuaraan NBA pertama pada 2023, tetapi Nuggets tumbang kepada Minnesota Timberwolves dalam tujuh perlawanan pada pusingan kedua playoff Mei lalu. – AFP

    Aksi Westbrook semasa bersaing di atas gelanggang pada separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA menentang Cleveland Cavaliers pada 7 April di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda