Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nuggets menang, kukuh kedudukan playoff

    LOS ANGELES, 13 APRIL – Denver Nuggets mengukuhkan kedudukan playoff dengan jaringan tiga mata daripada Nikola Jokic yang membantu mereka menang 117-109 ke atas Memphis Grizzlies Jumaat lalu.

    Pemain Serbia itu mencatatkan jaringan 26 mata, 13 assist, 16 rebound, dan jaringan tiga mata ke-34 yang memastikannya menamatkan musim sebagai pemain ketiga dengan purata jarigan tiga mata sepanjang musim.

    Kebangkitan semula dengan jaringan 15 mata adalah kemenangan kedua berturut-turut untuk ketua jurulatih sementara David Adelman, yang mengambil alih tugas apabila Michael Malone dipecat Selasa lalu dalam satu tindakan mengejut.

    Malone, yang mengetuai Nuggets ke kejuaraan NBA pada 2023, dipecat selepas empat kekalahan berturut-turut.

    Kemenangan itu bermakna Nuggets meningkat kepada keputusan 49-32 pada musim ini dan mempunyai peluang untuk meraih tempat keempat dan kelebihan gelanggang sendiri dalam playoff.

    Aaron Gordon menjaringkan mata teratas dengan 33 mata untuk Nuggets manakala Jamal Murray, kembali daripada kecederaan dalam enam perlawanan, memainkan peranan penting dengan memperoleh 15 mata dan tujuh assist.

    Perlawanan terikat pada keputusan 108 dengan baki 3:30 tetapi Murray dan Jokic menyaksikan Nuggets meraih kemenangan.

    Adelman memberi penghormatan kepada Murray atas usaha fizikal yang dilakukannya selepas lama tidak muncul kerana kecederaan buku lali.

    “Kami tahu dia keletihan. Dia sudah lama tidak bermain tetapi semakin sukar, semakin penat, semakin bagus dia bermain.

    “Menyaksikan mereka berdua bermain dan bekerjasama dalam satu pasukan, saya pasti akan membeli tiket untuk menontonnya,” katanya. – AFP

    Aksi penyerang Memphis Grizzlies, Jaren Jackson Jr. (kanan), bersaing untuk mendapatkan bola dengan Jokic semasa perlawanan bola keranjang NBA pada 11 April di Denver. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda