NEW YORK, 27 Feb – Nikola Jokic mencatatkan 36 mata ketika Denver Nuggets berjaya mengekang serangan lewat Oklahoma City Thunder untuk menang 121-112 hari ini.
Pemain antarabangsa Serbia itu juga menghasilkan 10 asis dan mencatatkan sembilan rebound untuk menguasai perlawanan di Pepsi Center itu.
Kemenangan itu menyaksikan Nuggets merapatkan jurang ke atas pendahulu Western Conference, Golden State. Denver sekarang berada di tangga kedua dengan 42 kemenangan dan 18 kekalahan, ketinggalan setengah perlawanan dari Warriors.
Pasukan Thunder sementara itu masih kekal di tangga ketiga pada keseluruhannya dalam West dengan mencatatkan 38 kemenangan dan 22 tewas selepas kebangkitan suku keempat.
Pasukan pelawat dilihat menghampiri kekalahan besar selepas tiga suku permainan, dengan Denver mendahului 91-78 pada suku keempat.
Tetapi catatan 26-6 pada pertengahan suku keempat menghidupkan semula cabaran mereka, dengan three-pointer Russell Westbrook memastikan mereka mendahului 100-97 dengan perlawanan hanya berbaki enam minit.
Denver bagaimanapun kembali bangkit dengan penyudah besar, menghimpun 24-12 persaingan untuk mematikan perlawanan dan memenangi perlawanan kelima berturut–turut mereka ke atas Thunder. – AFP
