LOS ANGELES, 17 MEI – Nikola Jokic mempamerkan aksi dominan ketika Denver Nuggets menangkis serangan lewat Los Angeles Lakers untuk memenangi perlawanan pembuka akhir Western Conference NBA dengan keputusan 132-126, kelmarin.
Pemain Paling Berharga NBA dua kali, Jokic menjaringkan 34 mata, 21 rebound dan 14 assist untuk memberikan pemain pilihan utama Denver mendahului 1-0 dalam siri tujuh terbaik.
Jokic menerima sokongan serangan daripada Jamal Murray, yang menjaringkan 31 mata, manakala empat lagi pemain Denver mencatatkan pungutan mata dua angka.
Lakers diketuai oleh Anthony Davis, yang menjaringkan 40 mata dengan 10 rebound.
LeBron James menambah 26 mata manakala Austin Reaves menyumbang 23 mata.

Denver mendahului 21 mata pada suku ketiga tetapi menyaksikan pendahuluan mereka berkurangan kepada hanya tiga mata ketika Lakers kembali memberikan perlawanan sengit pada suku keempat yang akhir namun gagal untuk menyamakan kedudukan.
“Pada separuh masa pertama kami benar-benar mengawal permainan, mengawal segala-galanya, mengawal rentak, mengawal pertahanan dan kemudian separuh masa kedua kami kehilangannya,” kata Jokic kepada ESPN.
“Tetapi sama ada awda menang dengan satu mata atau menang dengan 20 mata pada masa ini, ia tidak penting, menang tetap menang,” tambahnya.
Jurulatih Denver, Michael Malone memuji ketenangan pasukannya dalam meraih kemenangan tersebut.
“Ramai pemain kami diuji dalam pertandingan, kami telah melalui banyak perlawanan yang sengit,” kata Malone.
“Saya tidak melihat ada kepanikan, atau ketenangan. Pemain kami berpandangan antara satu sama lain dan menyedari apa yang perlu kami lakukan untuk mengakhiri permainan ini,” tambahnya.
Dalam pada itu James mengeluh akan permulaan perlahan Lakers. – AFP