Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nuno lanjutkan kontrak bersama Wolves

    LONDON, 14 SEPT – Ketua jurulatih Wolves, Nuno Espirito Santo telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang perlawanan pembukaan mereka menentang Sheffield United hari ini.

    Pengurus Portugal, yang telah menyelia promosi Wolves dari Liga Kejohanan dan menamatkan tempat ke-7 di EPL sejak menyertai kelab pada 2017, yang mana baki kontraknya tinggal setahun telah dilanjutkan.

    “Ini adalah kitaran baharu, tidak kira apa yang telah anda lakukan sebelum ini, ia adalah mengenai apa yang berlaku pada masa akan datang dan apa yang kami fikir perlu dilakukan,” kata Nuno.

    Bekas penjaga gol itu membawa Wolves ke suku akhir Liga Europa musim lalu, di mana mereka tewas 1-0 ke atas Sevilla, dalam musim pertama di bola sepak Eropah dalam 39 tahun.

    Kelab tersebut telah memecahkan rekod perpindahan dengan menandatangani penyerang berusia 18 tahun, Fabio Silva dari Porto awal bulan ini dan Nuno percaya Wolves masih boleh dipertingkatkan dalam beberapa tahun akan datang. – AFP

    Nuno Espirito Santo melanjutkan kontrak selama tiga tahun bersama Wolves. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda