Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nur Azlia hadapi masalah pernafasan ketika berlumba

    TOKYO, 31 OGOS – Pelumba berbasikal lebuh raya kebangsaan Malaysia, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan selepas mengalami masalah pernafasan ketika bersaing dalam acara ujian masa wanita B (kecacatan penglihatan) di Sukan Paralimpik di sini, hari ini.

    Jurulatih kebangsaan Malaysia, Sallehuddin Mohd Noh, berkata situasi itu menyebabkan Nur Azlia bersama jurumudinya, Nurul Suhada Zainal tidak dapat menamatkan aksi final yang berlangsung di Fuji International Speedway, kira-kira 109 kilometer (km) dari sini.

    ”Mereka tidak dapat menamatkan perlumbaan ketika hanya berbaki tiga km ke garisan penamat selepas Nur Azlia mengalami masalah pernafasan semasa sedang mendaki bukit terakhir.

    ”Dr Jasmiza Khusairi dari Institut Sukan Negara dan pasukannya memaklumkan bahawa Nur Azlia mengalami keletihan, kelesuan dan sedikit masalah pernafasan yang memerlukan pemeriksaan lebih lanjut apabila pulang di Malaysia nanti,” katanya kepada Bernama.

    Sehubungan itu, Sallehuddin berkata besar kemungkinan mereka berdua terlepas peluang untuk bertanding dalam aksi akhir mereka di sini, iaitu acara perlumbaan lebuh raya wanita B Jumaat ini, susulan keadaan Nur Azlia yang kurang cergas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda