Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Nur Dhabitah raih pingat emas sulung Malaysia di Sukan SEA

    HANOI, 8 MEI – Persembahan cemerlang atlet terjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri dalam saingan pusingan akhir acara 1m papan anjal individu wanita menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh, Vietnam hari ini.

    Ia juga adalah acara yang menawarkan pingat emas pertama sebelum upacara pembukaan rasmi yang dijadual berlangsung Khamis ini.

    Nur Dhabitah yang telah memenangi empat pingat emas sepanjang penyertaannya di temasya sukan dwitahunan itu, berjaya menambah koleksi emasnya selepas mengumpul 290.45 mata dalam lima terjunan.

    Lebih membanggakan, Malaysia berjaya menamatkan saingan itu dengan kedudukan podium 1-2 selepas atlet muda, Kimberly Bong Qian Ping berjaya merangkul pingat perak dengan kutipan 230.00 mata.

    Pingat gangsa dimenangi atlet tuan rumah Ngo Phuong Mai yang mengutip 224.00 mata.

    Dalam pada itu, Nur Dhabitah berpeluang merangkul pingat emas keenamnya apabila bakal bergandingan dengan ratu terjun Malaysia, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama pada Rabu ini di tempat yang sama. – Bernama

    Reaksi Nur Dhabitah Sabri selepas memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam acara 1m papan anjal individu wanita hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...