Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nur Nilam kembali taat kepada Azlan Komeng

    Pelakon Malaysia, Azlan Komeng meluahkan rasa syukur apabila lafaz cerai yang dilakukan terhadap isteri iaitu Nur Nilam Ortiz tidak sah disisi undang-undang syariah.

    Memetik dari mStar, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 47, berkata beliau tidak berniat semasa melafazkan penceraian tersebut memandangkan keadaan isterinya ketika itu tertekan kerana terlalu memikirkan mengenai kewujudan orang ketiga.

    “Alhamdulillah kami masih lagi suami isteri… perkara itu berlaku tanpa niat cuma ada salah faham terhadap perkataan. Saya tak lafazkan dengan ayat yang nyata.

    “Saya pun memang tak berniat, saya kasihan lihat keadaan isteri saya ketika itu,” katanya ketika ditemui mStar pada petang kelmarin.

    Menurut Azlan, individu yang disebut orang ketiga oleh Nur Nilam itu telah wujud lama sebelum beliau berkahwin dengan isterinya.

    Kata Azlan, beliau percaya individu berkenaan mempunyai niat untuk menjatuhkan dirinya memandangkan beliau tidak pernah menjalinkan hubungan dengan orang baharu selepas berkahwin.

    “Ramai yang tidak tahu cerita sebenar… isu yang masih berlaku bukan kerana saya masih ada hubungan dengan orang lain tapi ia kisah lama yang datang semula.

    “Mereka ada komplot mahu merosakkan rumah tangga saya tapi mereka tidak berdepan dengan saya dan serang orang rumah,” katanya lagi.

    Sementara itu, Nur Nilam pula berkata beliau sudah bersedia untuk mengheret individu yang mengganggu rumah tangga mereka ke mahkamah.

    Nilam, 45, berkata beliau dan suami sudah lama bersabar sehingga mendatangkan tekanan terhadap rumah tangga mereka.

    “Saya masih menerima gangguan, video lucah masih ada gambar perbualan dan macam-macam. Saya sebenarnya telah ambil tindakan undang-undang hanya tunggu masa kumpul bukti dan heret ke mahkamah.

    “Isu ini timbul sebab PP (pelacur peribadi) benda ini dah lama ganggu dalam dua tahun juga, dengan sihir dan sebagainya.

    “Saya manusia biasa mana boleh tahan, malam semalam kami bergaduh besar dan abang (Azlan) terlafaz,” ujarnya.

    Sebelum ini, Nilam mengesahkan beliau sudah bercerai dengan aktor berkenaan pada pagi kelmarin.

    Tidak menyatakan secara jelas mengenai perceraian mereka itu bagaimanapun memberitahu bakal hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada kelmarin bagi membuat pengesahan lafaz cerai.

    Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. – Agensi

    Azlan Komeng tidak berniat semasa melafazkan penceraian tersebut memandangkan keadaan isterinya ketika itu tertekan kerana terlalu memikirkan mengenai kewujudan orang ketiga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda