Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tidak menolak sekiranya ditakdirkan untuk bertemu jodoh lagi.
Menurut Mstar, Shuhada, 31, enggan tergesa-gesa mencari pasangan hidup kerana kini bahagia dikelilingi insan tersayang termasuk keluarga dan sahabat baik.
“Saya ada keluarga, sahabat baik, rakan kerja, adik beradik dan saya bersyukur Alhamdulillah” kata Shuhada kepada Mstar.
Tambahnya lagi, “Saya tidak ada rungutan sepanjang hidup disini, Ya Allah terima kasih.”
Shuhada berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan pengikut di Instagram yang bertanyakan mengenai perkembangan terkini hidupnya.
Dalam pada itu, Shuhada memberitahu dia berasa senang melihat anak-anaknya iaitu Humairah dan Umar dapat menyesuaikan diri sepanjang berada di negara orang.
Malah dia turut meluahkan rasa syukur, masih ramai yang menyayangi dan mengambil berat tentang dua cahaya matanya itu.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Humairah dan Umar gembira, mereka ada datuk dan nenek juga di sini (Australia).”
Tambahnya lagi, “Mereka ada ramai makcik dan pakcik yang sayangkan mereka, mereka ada kawan dan untuk saya pula, saya gembira apabila anak-anak saya bahagia.”
Pada Ogos lalu, Shuhada memaklumkan dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian di sebuah institusi pendidikan. – Agensi
