Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nutrisi tembikai bantu pertumbuhan baik

    ALANGKAH sedapnya kalau berpeluang untuk menikmati buah tembikai pada hari panas. Tahukah anda banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada buah tembikai. Ia bukan setakat menyegarkan tubuh tetapi juga baik untuk kesihatan.

    Secawan jus buah tembikai mengandungi hanya 46 kalori. Tetapi buah yang dikenali dengan nama saintifiknya citrullus lunatus ini mempunyai vitamin C yang tinggi, vitamin A dan banyak sebatian tumbuhan yang menyihatkan.

    Tembikai adalah sejenis tanaman menjalar yang mempunyai batang herba dan bercabang, pengakarannya cetek (40 hingga 50 sentimeter) dan meluas (60 hingga 90 sentimeter).

    Batangnya berbulu, bulat dan bersegi. Buah tembikai berbentuk bulat, bujur bulat atau bujur.

    Warna kulitnya berbeza dari hijau muda hingga kehijauan dua serat atau berbelang. Isinya berwarna kuning atau merah berbiji putih atau hitam. Bagaimana pun ada juga varieti yang tidak berbiji atau biji yang didapati terbuang di dalam buah.

     

    Bagi mendapatkan khasiat tembikai, anda dicadangkan untk memakan buah yang segar. Jika mahu meminum jus yang dihasilkan daripada buah tembikai, jangan pula menambah pemanis atau gula ke dalamnya.

    Pertimbangkanlah untuk mengambil tembikai dalam pemakanan seharian kerana banyak khasiatnya untuk tubuh.

    Membantu tubuh hidrat

    Minum air adalah penting untuk memastikan tubuh hidrat. Namun begitu mengambil makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi juga boleh membantu.

    Menariknya buah tembikai mengandungi 92 peratus air. Kandungan air tinggi adalah penyebab buah-buahan dan sayuran membantu anda rasa lebih kenyang.

    Gabungan air dan serat ini bermakna anda memakan sejumlah makanan yang baik tanpa menambah kalori.

    Penuh nutrisi dan sebatian tumbuhan baik

    Secawan atau lebih kurang 154 gram buah tembikai dan banyak lagi zat termasuklah vitamin C, vitamin A, kalium, magnesium, vitamin B1, vitamin B5 dan B6.

    Tembikai juga mempunyai karotenoid yang tinggi termasuklah beta karotena dan likopen. Ditambah lagi dengan asid amino penting yang dikenali sebagai citrulline menjadikan buah ini amat baik untuk kesihatan.

    Penyelidik juga mengkaji likopen dan sebatian tumbuhan dalam tembikai berkesan untuk anti kanser.

    Membantu mencegah kanser

    Penyelidik telah mengkaji likopen dan sebatian tumbuhan dalam tembikai berkesan untuk anti kanser. Walaupun pengambilan likopen dikaitkan dengan merendahkan risiko sesetengah jenis kanser akan tetapi mampu mengurangkan risiko kanser melalui cara merendahkan faktor pertumbuhan bahan seperti insulin (IGF) iaitu sejenis protein yang terlibat dalam pembahagian sel. Tahap IGF tinggi dikaitkan dengan kanser.

    Memperbaiki kesihatan jantung

    Beberapa zat dalam tembikai memiliki kebaikan spesifik untuk kesihatan jantung. Kajian mencadangkan likopen mampu untuk membantu merendahkan kolestrol dan tekanan darah.

    Ia juga dikatakan mampu untuk mencegah kerosakan oksidatif pada kolestrol. Menurut kajian terhadap wanita selepas menopaus yang obes, likopen dikatakan mampu untuk membantu mengurangkan rasa ketebalan pada dinding arteri.

    Merendahkan keradangan dan tekanan oksidatif

    Tembikai dikatakan mampu membantu merendahkan kerosakan oksidatif dan keradangan kerana ia kaya dengan likopen sejenis antioksidan keradangan dan vitamin.

    Mencegah kerosakan makular

    Likopen dalam tembikai juga dikatakan mampu membantu dalam mencegah kerosakan makular berkaitan dengan usia. Masalah mata ini boleh menyebabkan kebutaan pada warga tua.

    Likopen dalam tembikai mampu membantu mencegah kerosakan makular yang boleh menyebabkan kebutaan pada warga tua.
    Citrulline iaitu sejenis asid amino dalam tembikai mampu mengurangkan rasa lenguh dan sakit pada otot.

    Melegakan rasa lenguh dan sakit otot

    Citrulline iaitu sejenis asid amino dalam tembikai dikatakan mampu mengurangkan rasa lenguh dan sakit pada otot.

    Baik untuk kulit dan rambut

    Vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin dalam tembikai yang amat penting untuk kesihatan rambut dan kulit.

    Vitamin C membantu tubuh menghasilkan kolagen iaitu sejenis protein yang memastikan kulit anjal dan rambut kuat.

    Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit kerana ia membantu mencipta dan memperbaiki sel-sel kulit.

    Manakala, likopen dan beta karotena dalam tembikai mampu melindungi kulit daripada selaran panas matahari.

    Memperbaiki pencernaan

    Tembikai mengandungi banyak air dan sejumlah serat yang penting untuk pencernaan yang sihat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda