Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nvidia jangka kerugian AS$5.5 bilion

    SAN JOSE, 16 APRIL – Syarikat gergasi pembuatan cip, Nvidia menjangkakan kerugian sehingga AS$5.5 bilion pada suku kewangan semasa selepas kerajaan Amerika Syarikat memperketat lagi sekatan eksport terhadap cip kecerdasan buatan (AI) ke China.

    Dalam pemfailan kepada pihak berkuasa kawal selia, Nvidia memaklumkan bahawa cip H20 – versi cip AI berprestasi tinggi yang telah diubah suai khusus untuk pasaran China agar mematuhi peraturan sedia ada – kini turut memerlukan lesen eksport khas.

    Sekatan baharu itu dilaksanakan bagi menghalang penggunaan cip semikonduktor canggih dalam program superkomputer China, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Cip keluaran Nvidia secara meluas dianggap sebagai komponen kritikal dalam pembangunan teknologi AI, termasuk oleh syarikat-syarikat teknologi utama China.

    Syarikat itu menjelaskan anggaran kerugian AS$5.5 bilion itu melibatkan pelarasan inventori, komitmen pembelian serta rizab berkaitan produk H20.

    Antara syarikat China yang dilaporkan membuat tempahan besar bagi cip itu awal tahun ini termasuk ByteDance, Alibaba dan Tencent – menjangkakan sekatan yang lebih ketat oleh Washington.

    Menurut laporan portal teknologi, The Information, jumlah keseluruhan tempahan bagi cip H20 dalam suku pertama tahun ini sahaja dianggarkan melebihi AS$16 bilion –angka yang mengatasi kapasiti pengeluaran Nvidia untuk cip tersebut. – Bernama

    Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang bercakap semasa ucaptama Nvidia GTC pada 18 Mac, di San Jose, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda