Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nvidia mohon SK hynix percepat penghantaran cip lebih canggih

    SEOUL, 4 NOV – Ketua syarikat pengkompu-teran AI terkemuka, Nvidia telah meminta SK hynix dari Korea Selatan untuk mempercepatkan penghantaran cip HBM4 yang lebih baharu dan canggih dalam tempoh enam bulan, menurut Ketua SK Group, Chey Tae-won, hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang mengemukakan permintaan itu di tengah-tengah kekurangan cip canggih di dunia, yang mana SK telah berjanji akan diusahakan bersama rakan pemimpin pasaran, TSMC dari Taiwan.

    SK hynix, pengeluar cip memori kedua terbesar di dunia, sedang berlumba untuk memenuhi permintaan yang luar biasa terhadap cip HBM yang digunakan untuk memproses sejumlah besar data dalam melatih AI, termasuk dari Nvidia, yang mendominasi pasaran.

    “Pembangunan teknologi memori HBM dan pelancaran produk pada masa ini sangat mengagumkan, tetapi AI masih memerlukan memori yang lebih berprestasi tinggi,” kata Huang melalui pautan video pada satu persidangan AI di Seoul.

    Syarikat itu menyatakan bulan lepas bahawa ia dijangka akan menghantar cip HBM4 12-lapisan pada separuh tahun kedua 2025.

    SK hynix juga mengumumkan hari ini bahawa mereka akan menghantar sampel cip HBM3E 16-lapisan yang pertama pada awal 2025, dalam usaha untuk mengukuhkan dominasi cip AI mereka yang semakin meningkat.

    “Nvidia menuntut lebih banyak HBM kerana mereka mengeluarkan versi cip yang lebih baik setiap tahun,” kata Chey Tae-won. – AFP

    Paparan cip HBM3E 16 lapisan gergasi cip Korea Selatan SK Hynix dilihat di Sidang Kemuncak SK AI di Seoul kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda