Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nvidia syarikat pertama di dunia bernilai AS$5 trilion

    NEW YORK, 2 NOV – Syarikat cip kecerdasan buatan (AI), Nvidia, mencipta sejarah pada Rabu lalu apabila menjadi syarikat pertama di dunia mencapai nilai pasaran AS$5 trilion, mencerminkan keyakinan pelabur bahawa AI bakal menggerakkan gelombang baharu inovasi dan pertumbuhan global.
     
    Harga saham syarikat berpangkalan di California itu meningkat 4.91 peratus kepada AS$210.90 ketika dagangan dibuka di Wall Street, sekali gus melonjakkan modal pasaran Nvidia melepasi paras yang tidak pernah dicapai sebelum ini.
     
    Untuk perbandingan, angka tersebut lebih besar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perancis atau Jerman, dan mengatasi nilai gabungan Tesla, Meta (Facebook) dan Netflix. Microsoft dan Apple, dua syarikat terbesar dunia sebelum ini, masing-masing masih berada pada paras sekitar AS$4 trilion.
     
    Lonjakan saham Nvidia disokong oleh jualan kukuh yang berterusan, rangkaian kerjasama baharu, termasuk kerjasama dengan Nokia Eropah yang diumumkan pada Selasa, serta jangkaan bahawa syarikat itu mungkin kembali mendapat akses pasaran China. – AFP
     
    Jensen Huang menurunkan tandatangannya pada baju seorang wartawan selepas sidang media pada Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju pada 31 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda