Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    NY hadkan umur miliki senapang separa automatik

    ALBANY, NY, 3 JUN — Badan perundangan New York mengundi kelmarin untuk melarang sesiapa di bawah umur 21 daripada membeli atau memiliki senapang separa automatik.

    Ia merupakan satu perubahan besar kepada undang-undang senjata api negeri itu sejak insiden seorang remaja berusia 18 tahun menggunakannya untuk membunuh 10 orang di sebuah pasar raya di Buffalo tiga minggu lalu.

    Rang undang-undang menaikkan had umur adalah bahagian paling penting dalam pakej langkah kawalan senjata yang diumumkan awal minggu ini oleh pemimpin perundangan Demokrat dan Gabenor, Kathy Hochul.

    New York sudah pun menetapkan hanya orang ramai berumur 21 tahun dibenarkan untuk memiliki pistol.

    Orang muda masih dibenarkan untuk memiliki jenis senapang dan senapang patah lain di bawah undang-undang baharu, tetapi tidak akan dapat membeli jenis senapang tembakan pantas.

    Selain menaikkan had umur pembelian yang sah kepada 21 tahun, rang undang-undang itu juga mewajibkan sesiapa sahaja yang membeli senapang separa automatik untuk mendapatkan lesen. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...