Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Nyamuk ditemukan buat kali pertama di Iceland

    LONDON, 21 OKT – Buat kali pertama dalam sejarah, nyamuk dijumpai di Iceland, dengan tiga spesimen dijumpai bulan ini di Kjos iaitu kawasan lembah luar bandar berhampiran Hvalfjordur, lapor agensi Anadolu memetik media tempatan.

    Penemuan itu kali pertama dilaporkan oleh peminat serangga, Bjorn Hjaltason, dalam kumpulan Facebook ‘Skordyr a Islandi’ iaitu bermaksud ‘Serangga di Iceland’, menurut Perkhidmatan Penyiaran Kebangsaan Iceland kelmarin.

    Sampel berkenaan telah diserahkan kepada Institut Sejarah Semula Jadi Iceland untuk dianalisis dan ahli entomologi Matthias Alfredsson mengesahkan bahawa ia sememangnya spesies nyamuk.

    Spesies itu dikenal pasti sebagai culiseta annulata, sejenis nyamuk tahan sejuk yang lazim di Eropah Utara.

    “Besar kemungkinan nyamuk ini akan kekal hidup di sini.

    Mandy Schafer memeriksa seekor nyamuk cincin (Culiseta annulata) di bawah mikroskop. – AFP

    “Ia biasanya mampu bertahan pada musim sejuk dengan berlindung di tempat teduh seperti bilik bawah tanah atau bangsal ternakan,” kata Matthias.

    Walaupun nyamuk pernah tiba di Iceland sebagai penumpang tersembunyi di pesawat, ini merupakan kali pertama ia ditemukan hidup di tanah Iceland.

    Para saintis sejak sekian lama meramalkan bahawa nyamuk akhirnya boleh hidup di Iceland, terutamanya selepas spesies sera penggigit mula wujud di negara itu pada 2015.

    Penemuan nyamuk di Iceland menonjolkan bagaimana perubahan iklim dan alam sekitar kini memperluas habitat serangga tahan sejuk hingga ke kawasan utara yang tidak pernah didiami sebelum ini. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...