Menjadi sebahagian daripada keluarga Disney sememangnya impian ramai selebriti termasuk yang sudah mencipta nama besar.
Terbaharu, penyanyi yang juga anggota Girls’ Generation, Taeyeon terpilih menyanyikan lagu tema filem Frozen 2 berjudul Into The Unknown versi Korea.
Berita itu diumumkan Disney Korea menerusi Instagram. Dalam pengumuman itu, Disney Korea menyifatkan pemilihan Taeyeon sangat tepat.
“Artis yang akan menyanyikan semula lagu itu adalah vokalis serba berbakat yang sememangnya sangat dipercayai dan paling anda dengari selalu, Taeyeon.
“Kami sudah cukup teruja dan bergembira pada musim sejuk ini,” demikian kenyataan syarikat berkenaan. – Agensi
