CANBERRA, AUSTRALIA, 29 SEPT – Seorang operator pelancongan hidupan liar Australia berkata dia bernasib baik terlepas daripada luka serius atau maut apabila seekor buaya menerpa dari sungai dan membaham tangannya.
Sean Dearly diserang di Sungai Adelaide yang terkenal dengan ‘buaya melompat’ – buaya besar yang melompat dari sungai untuk menyambar bangkai ayam yang tergantung dari galah panjang yang direntang dari bot persiaran pelancong.
Lelaki berusia 60 tahun itu berkata kejadian berlaku ketika dia cuba mengeluarkan galah yang digunakannya untuk memberikan daging kepada buaya yang telah terjatuh ke dalam sungai.
Ketika dia mendapatkan galah dia terasa ‘buaya sepanjang 2.2 meter menerkam dan membaham tangannya. Mujur ia sempat melepaskan tangan saya apabila ia meluru untuk mendapatkan bangkai ayam lain,’ kata Dearly. – AP