WELLINGTON, 4 OKT – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern (gambar) mengakui strategi ‘COVID Zero’ gagal menghentikan penularan wabak COVID-19 di Auckland, memaksa pendekatan baharu dilaksanakan. New Zealand melaksanakan dasar sekatan yang ketat bagi melindungi negara itu daripada jangkitan COVID-19 termasuk penutupan sempadan antarabangsa dan perintah berkurung untuk rakyatnya. Namun, usaha itu gagal apabila jangkitan