Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini, sambil menyifatkan kucing liar sebagai ancaman besar kepada hidupan liar tempatan.

    Menurut Jabatan Pemuliharaan New Zealand, kucing liar memburu burung, kelawar dan biawak yang terancam, sekali gus menyebabkan beberapa spesies haiwan itu pupus.

    Edisi terbaharu pertandingan itu diadakan pada hujung minggu lalu di kawasan luar bandar North Canterbury, dengan pemburu berjaya membunuh 370 kucing liar serta possum, tikus dan rusa.

    Acara tersebut menarik 1,500 pemburu, termasuk 460 kanak-kanak yang perlu ditemani oleh orang dewasa.

    Tahun ini, seorang pemburu memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$608 selepas membunuh kucing liar terbesar, dengan berat 6.7 kilogram.

    Seorang lagi peserta memenangi AS$304 dengan jumlah pembunuhan tertinggi iaitu sebanyak 65 kucing liar.

    “Kami akan meneruskan apa yang kami lakukan dan meningkatkan hadiah wang tunai tahun depan untuk menjadikannya lebih besar dan lebih menarik,” kata penganjur pemburuan, Matt Bailey kepada AFP. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...