Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    NZ buka hospital kiwi pertama

    WELLINGTON, 23 FEB – New Zealand (NZ) hari ini membuka hospital pertamanya yang merawat burung kiwi secara eksklusif, dan doktor haiwan telah pun merawat haiwan pertama yang telah kembali sihat – seekor anak kiwi yang digelar ‘Splash,’ yang telah terjatuh ke dalam kolam renang.

    Peningkatan bilangan burung kebangsaan yang pernah terancam itu telah membawa kepada pembinaan kemudahan yang dibina khas di Kerikeri, kira-kira tiga jam perjalanan ke utara Auckland.

    Jabatan Pemuliharaan memberitahu AFP hospital kiwi baharu itu adalah yang pertama seumpamanya di New Zealand.

    Pusat pemulihan, yang dibina oleh kumpulan pemuliharaan tempatan, Kiwi Coast, terletak di tengah-tengah wilayah Northland, yang mempunyai populasi hampir 10,000 ekor kiwi perang.

    Kira-kira 26,000 ekor kiwi perang hidup di hutan di seluruh New Zealand – lebih 1,000 berbanding tahun 2008, apabila ahli pemuliharaan mengklasifikasikan mereka sebagai spesies yang semakin pupus di negara itu.

    Namun demikian, spesies itu kini disenaraikan sebagai ‘tidak terancam.’

    Pertumbuhan populasi spesies tersebut kebanyakannya disebabkan oleh kumpulan pemuliharaan yang menghapus pemangsa seperti stoat dan feret, manakala pemilik anjing telah ditawarkan kursus khas untuk mengajar haiwan peliharaan tersebut supaya tidak menyerang burung yang tidak dapat terbang itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...