NZ catat tiga kes baharu

WELLINGTON, 30 APRIL – New Zealand melaporkan tiga kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan jumlah jangkitan disahkan dan disyaki sebanyak 1,476, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Tiada kes maut dilaporkan dan jumlah korban kekal 19 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Ashley Bloomfield pada sidang media, lapor agensi berita Xinhua.

Bloomfield berkata, 1,241 pesakit sembuh, tujuh masih dirawat di wad biasa.

New Zealand menurunkan tahap amaran kepada Tahap Tiga pada Isnin, berbanding Tahap Empat sebelum ini.

Tahap Tiga akan berterusan selama dua minggu sebelum kajian semula dibuat dan keputusan mengenainya diumumkan pada 11 Mei. – Bernama