Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    NZ ganti helikopter tentera laut

    WELLINGTON, 4 MEI – New Zealand mengumumkan rancangan bernilai AS$$1.2 bilion hari ini untuk menggantikan helikopter tentera lautnya yang sudah usang, sebagai sebahagian daripada pembaharuan pertahanan utama bagi menangani peningkatan ‘ketegangan global’.

    Menteri Pertahanan, Judith Collins berkata peruntukan tersebut merupakan fasa pertama komitmen baharu kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan negara.

    Rancangan perbelanjaan 10 tahun bernilai AS$$5 bilion yang diumumkan bulan lalu itu turut merangkumi pelaburan dalam peluru berpandu, keselamatan siber dan dron.

    Perbelanjaan pertahanan New Zealand dijangka meningkat daripada satu peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada lebih dua peratus.

    Collins berkata helikopter baharu itu akan memiliki keupayaan pertahanan dan serangan yang lebih baik serta jarak rondaan yang lebih luas.

    Dia turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak AS$$570 juta dalam tempoh empat tahun bagi tujuan penempatan, latihan dan pembangunan infrastruktur angkatan pertahanan. – AFP

    Menurut Judith Collins, helikopter baharu itu akan memiliki keupayaan pertahanan dan serangan yang lebih baik serta jarak rondaan yang lebih luas. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...