WELLINGTON, 27 APRIL – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengatakan negara itu berjaya mengelak situasi terburuk dan hampir menang dalam pertempuran menentang COVID-19.
“Kita tidak tahu apa sebenarnya akan berlaku tanpa sekatan tahap empat, tetapi kita dapat lihat senario buruk banyak berlaku di negara lain,” katanya.
Beliau mengatakan jumlah saringan meningkat kepada 8,000 sehari dan antara ujian per kapita paling tinggi. Negara itu juga akan menurunkan tahap amaran kepada Tahap Tiga pada malam ini, berbanding tahap empat sebelum ini, menurut agensi berita Xinhua.
Ia melaporkan satu kematian hari ini, menambah angka kematian kepada 19 orang, manakala jumlah jangkitan sebanyak 1,469 orang. – Bernama