Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ lanjutkan visa khas Ukraine setahun

    ANKARA, 28 FEB – New Zealand hari ini melanjutkan “Visa Khas Ukraine” untuk tempoh setahun berikutan perang yang masih berterusan di rantau itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Dalam satu kenyataan, Menteri Imigresen, Michael Wood berkata mengikut keputusan kerajaan itu, kemudahan untuk warga Ukraine kini dilanjutkan sehingga pertengahan Mac 2024.

    “Kami memperakui kesan konflik yang berterusan di Ukraine terhadap rakyatnya, dan usaha komuniti Ukraine-New Zealand untuk membantu ahli keluarga mereka,” kata Wood.

    “Visa Khas Ukraine dijadual berakhir pada 15 Mac 2023, namun memandangkan konflik itu yang masih belum berakhir, New Zealand wajar untuk terus memberikan keistimewaan itu kepada keluarga warga Ukraine di New Zealand,” menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi.

    Beliau berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan anggota komuniti Ukraine New Zealand yang masih mahu membawa anggota keluarga mereka ke New Zealand.

    Kerajaan juga melanjutkan tempoh perjalanan daripada sembilan bulan kepada 12 bulan untuk pemohonan baharu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda