WELLINGTON, 29 JUN – Bermula Sabtu, New Zealand akan menjadi negara pertama yang melarang penggunaan beg plastik nipis yang digunakan oleh pelanggan pasar raya untuk membawa buah-buahan dan sayur-sayuran mereka. Larangan baharu itu juga akan dilanjutkan kepada penyedut minuman plastik dan peralatan makanan, ketika kerajaan memperluaskan kempen menentang plastik sekali guna yang dimulakan pada 2019

