Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ, Perth sambung semula gelembung perjalanan

    WELLINGTON, 2 MEI – New Zealand hari ini bersetuju untuk membuka kembali gelembung perjalanannya dengan Australia Barat, 24 jam selepas menangguhkan penerbangan apabila tiga orang di Perth disahkan positif COVID-19.

    Pegawai kesihatan berkata, selepas berunding dengan rakan mereka dari Australia, mereka menentukan risiko New Zealand tidak signifikan dan penerbangan disambung semula esok.

    Namun, sesiapa yang pernah berada di ‘lokasi yang terdedah’ dan dikenal pasti oleh pemerintah Australia Barat, tidak boleh melakukan perjalanan ke New Zealand dalam tempoh 14 hari.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Ashley Bloomfield, berkata walaupun risiko kesihatan awam dianggap rendah, semua orang harus waspada ketika menikmati peluang perjalanan bebas tanpa kuarantin ini.

    Ini adalah kali kedua gangguan terhadap gelembung perjalanan antara New Zealand dan Australia dalam tempoh dua minggu sejak ia dibuka lebih dari setahun kedua-duanya menutup sempadan antarabangsa mereka.

    Penerbangan antara New Zealand dan Australia Barat ditangguhkan seketika apabila wilayah Perth dan Peel melaksanakan tiga hari sekatan pergerakan selepas merekodkan kes penularan masyarakat pada 23 April lalu.

    Penerbangan dua negeri dan wilayah lain tidak terjejas.

    Gelembung perjalanan diikuti rundingan berbulan-bulan antara jiran yang bebas koronavirus, dipuji sebagai tonggak utama dalam memulakan semula industri pelancongan global yang lumpuh akibat pandemik COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda