Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ rancang misi angkasa lepas, lancar satelit

    WELLINGTON, 5 NOV- New Zealand (NZ) sedang merancang misi angkasa lepas kebangsaan yang boleh menyaksikan armada kecil satelit milik negara dilancarkan ke langit di negara Pasifik itu, seorang menteri memberitahu AFP hari ini.

    “Tindakan untuk maju ke misi berskala besar sedang dijalakankan,” kata Menteri Angkasa Judith Collins.

    Misi itu akan melibatkan penghantaran “satu atau lebih satelit milik kerajaan” untuk “liputan tetap kawasan kepentingan negara, seperti tindak balas kemanusiaan dan bencana atau pemantauan penangkapan ikan haram”.

    “Ini akan mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada penyedia luaran untuk maklumat penting ini,” tambahnya.

    Dokumen yang diperoleh oleh AFP menggambarkan misi itu sebagai satu langkah penting untuk sektor sains negara dan peluang komersial bagi NZ.

    Misi itu akan melibatkan, “semua bahagian sektor, termasuk penyelidikan dan pembangunan sensor baharu, pembuatan komponen satelit, pelancaran, dan kemudian yang penting kepada penggunaan data hiliran”.

    “Misi adalah peluang untuk menyokong pembangunan produk inovatif untuk pengkomersialan dan eksport masa hadapan,” kata dokumen itu.

    Bagaimanapun, NZ tidak berkongsi anggaran harga perbelanjaan untuk misi tersebut.

    “Misi angkasa lepas adalah usaha yang kompleks yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan dan disahkan sebelum ia bersedia untuk dibina, dilancarkan dan dikendalikan,” kata Collins.

    NZ bersama-sama Jeff Bezos serta Dana Pertahanan Alam Sekitar yang berpangkalan di Amerika Syarikat, adalah penyokong utama projek MethaneSAT, dilancarkan untuk memantau pelepasan gas rumah hijau. – AFP

    NZ rancang misi angkasa lepas, lancar satelit. – Gambar hiasan Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda