Wednesday, March 26, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ sahkan dua kes cacar monyet

    WELLINGTON, 6 OKT – New Zealand mengesahkan dua kes penularan pertama cacar monyet dalam komuniti hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 11.

    Dua kes baharu itu dikenal pasti sebagai penularan komuniti, penyakit itu tular di New Zealand berbanding semua kes lain yang dijangkiti di luar negara, menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan dan Kesihatan New Zealand.

    Risiko penularan penyakit itu secara umumnya kekal sangat rendah dan dua kes baharu itu merupakan kes terpencil yang berlaku di Auckland.

    “Ini sudah dijangkakan namun jumlahnya berkemungkinan kekal rendah,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda