Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ sokong pembangunan AI dalam perniagaan

    WELLINGTON, 11 SEPT – Kerajaan New Zealand (NZ) mengumumkan sokongan untuk memacu penyerapan Artificial Intelligence (AI) dalam sektor perniagaan di negara itu hari ini.

    Kerajaan juga melancarkan perintis GovGPT, sebahagian daripada visi ‘pintu hadapan digital’ untuk memudahkan perniagaan dan orang ramai yang ingin berinteraksi dengan agensi kerajaan dan menjadikannya lebih mudah untuk mengakses maklumat kerajaan yang boleh dipercayai, kata Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Judith Collins.

    Kemudahan AI yang berpotensi tersebut akan dibuka untuk perniagaan New Zealand melalui pelbagai sokongan, termasuk akses kepada pakar penyelidikan AI, bantuan teknikal, alatan dan sumber AI, serta pilihan untuk pembiayaan dan geran, kata Collins.

    Menteri itu berkata, AI diramalkan menyumbang sebanyak 76 bilion dolar NZ (AS$46.69 bilion) kepada KDNK tahunan New Zealand menjelang 2038. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda