Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ tamatkan larangan teroka minyak dan gas

    WELLINGTON, 9 JUN – Kerajaan New Zealand (NZ) berkata hari ini ia merancang untuk membatalkan larangan lima tahun terhadap penerokaan minyak dan gas baharu sekali gus mencetuskan tindak balas daripada lawan politiknya dan kumpulan pencinta alam sekitar.

    Rang undang-undang yang akan diperkenalkan tahun ini akan menamatkan larangan yang hanya membenarkan penerokaan petroleum baharu di beberapa ladang darat di Pulau Utara negara itu.

    Menteri Sumber, Shane Jones mendakwa larangan itu telah menghalang pelaburan antarabangsa dan menyebabkan keselamatan tenaga negara terjejas.

    “Gas asli adalah penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi kita terutamanya semasa permintaan elektrik meningkat,” kata Jones dalam satu kenyataan.

    “Apabila larangan penerokaan diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu pada 2018, ia telah mengecilkan pelaburan dalam perusahaan gas yang mengekalkan tahap penggunaan semasa kami.”

    Gambar Freepik

    Pemimpin bersama kumpulan Greens, Chloe Swarbrick berkata kerajaan sedang “menuang minyak dan gas kepada krisis kebakaran iklim.

    “Kita boleh mempunyai ekonomi yang lebih mampan dan cekap dengan mengutamakan tenaga bersih yang berfungsi dengan alam sekitar, bukan menentangnya.”

    Jones berkata larangan itu akan memulakan “suite cadangan pindaan” yang akan mencetuskan pelaburan memandangkan sektor petroleum dan galian telah menyumbang AS$1.2 bilion kepada KDNK pada 2020-21.

    Beliau berkata kerajaan bercadang untuk memudahkan cara permohonan carigali petroleum dibuka.

    Pengumuman itu dibuat sehari selepas beribu-ribu membantah di bandar-bandar terbesar NZ demi membangkang satu lagi inisiatif kerajaan untuk meningkatkan ekonomi.

    Rang undang-undang ‘Kelulusan Laluan Pantas’ akan membenarkan beberapa peraturan berkaitan alam sekitar dipintas dan proses persetujuan dipercepatkan untuk projek infrastruktur utama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda