Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Obama bakal kunjungi tempat beliau membesar

BOGOR, Indonesia, 30 Jun – Bekas Presiden Barack Obama dan keluarganya dijadualkan akan membuat kunjungan ke bandar tempat zaman kanak-kanaknya pada akhir percutian 10 hari mereka ke Indonesia, di mana mereka mengatakan aktiviti sukan air dan mengunjungi sebuah kuil purba Buddha.

Presiden Indonesia Joko “Jokowi” Widodo akan menghoskan Obama hari ini di Istana Bogor di Jawa Barat, bangunan besar kolonial Belanda yang terkenal dengan taman botani 200 ekarnya dan tempat tinggal kepada sekumpulan rusa berbintik.

Obama sangat terkenal di Indonesia ketika dia menjawat presiden Amerika dan kebanyakan orang di sini melihatnya sebagai satu simbol harapan dan toleransi agama disebabkan beberapa tahun tinggal di negara Islam itu. Sebuah patung batu seorang budak yang dikenali sebagai “Barry” oleh kawan-kawan ketika zaman kanak-kanak telah didirikan di luar sebuah sekolah rendah yang dihadirinya di Jakarta. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -