Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Obama positif COVID-19

    WASHINGTON, 14 MAC – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama, mengesahkan dirinya positif COVID-19, kelmarin, namun bersyukur kerana merasa sihat manakala isterinya, Michelle, diuji negatif.

    “Saya mengalami sakit tekak selama beberapa hari, namun keadaan saya sihat,” katanya melalui Twitter sambil menambah dia dan Michelle bersyukur kerana sudah divaksin dan menerima dos penggalak.

    Obama menggalakkan lebih ramai rakyat Amerika untuk mendapatkan vaksin, meskipun kadar jangkitan menurun di AS sekitar 35,000 jangkitan pada purata hujung minggu, menurun pada pertengahan Januari yang puratanya hampir 800,000.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa sebanayk 75.2 peratus orang dewasa telah menerima vaksinasi lengkap manakala 47.7 peratus lagi menerima suntikan penggalak. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...